Penerangan
Tarikh : 23 April 2021
Lokasi : Tapak Bazar Ramadan Shah Alam
Seiring dengan tema Hari Bumi 2021 iaitu Pulihkan Bumi Kita, satu kempen Hindari Plastik Sekali Guna telah dijalankan. Dalam kempen ini pengunjung berpeluang menyertai kuiz alam sekitar dengan disediakan cenderahati seperti beg kitar semula dan set penyedut minuman "stainless steel".
Program Sambutan Hari Bumi ini juga dilengkapkan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kayuhan basikal "Virtual Ride; Restore The Earth" yang telah berlangsung dari 01 hingga 27 Mac 2021.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor merakamkan penghargaan kepada rakan strategik alam sekitar yang bekerjasama dan juga kepada pengunjung yang menjayakan kempen ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)