PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

126 KOMPAUN BERNILAI RM252 RIBU SERTA 4 PENAHAN KELENGKAPAN KILANG DALAM OPERASI GEMPUR JAS NEGERI JOHOR

DOE Johor 28/04/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
126 KOMPAUN BERNILAI RM252 RIBU SERTA 4 PENAHAN KELENGKAPAN KILANG DALAM OPERASI GEMPUR JAS NEGERI JOHOR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/04/2021
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

18 MAC 2021, JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan Ops Gempur Bil.1/2021 yang memberi tumpuan ke atas premis-premis industri di Johor Bahru pada 15 hingga 17 Mac yang lalu bagi memastikan premis-premis tersebut patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Operasi ini disertai oleh 36 orang pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor serta dari JAS Cawangan Batu Pahat, Kluang, Pasir Gudang dan Muar. Sebanyak 53 premis telah diperiksa yang membawa kepada tindakan iaitu 47 Field Citation, 126 Kompaun, 22 Notis Arahan dan 4 Penahanan Operasi Kelengkapan. Pihak pemain industri adalah digesa supaya meningkatkan pematuhan terhadap AKAS 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terus terjaga.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan