Penerangan
17 Mac 2021, ISKANDAR PUTERI - Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menjalankan pemantauan rondaan laut dan sungai bermula di sekitar kawasan perairan Tanjung Pelepas sehingga bahagian hulu Sungai Pulai bagi mengesan dan mencegah sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak dan mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui di sungai.
Pencemaran laut akan menyebabkan kerosakan habitat hidupan laut dan juga boleh menjejaskan industri berkaitan lautan iaitu pelancongan dan perikanan. Pencemaran sungai akan menyebabkan kerosakan habitat hidupan sungai dan boleh mewujudkan ketidakselesaan penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan kawasan sungai.
Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia dan tidak melepaskan buangan pencemar ke dalam sungai.
Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.