PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI ENAM (6) UNIT SISTEM PEMBAKARAN BAHAN API (SPB) DI PENGERANG INTEGRATED COMPLEX (PIC), PETRONAS DAN LAWATAN KE CONTINUOUS AIR QUALITY MONITORING (CAQM) DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENGERANG

DOE Johor 28/04/2021 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI ENAM (6) UNIT SISTEM PEMBAKARAN BAHAN API (SPB) DI PENGERANG INTEGRATED COMPLEX (PIC), PETRONAS DAN LAWATAN KE CONTINUOUS AIR QUALITY MONITORING (CAQM) DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENGERANG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/04/2021
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

PENGERANG, 16 Mac 2021 :JAS Cawangan Pengerang & Unit Notifikasi dibantu pegawai Unit Penguatkuasaan EIA telah membuat pemeriksaan verifikasi SPB di Pengerang Integrated Complex dan lawatan ke CAQM di Sekolah Kebangsaan Pengerang. Pemeriksaan verifikasi dijalankan berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis SPB di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (sistem pembakaran bahan api) . Pemeriksaan merangkumi lukisan sebagaimana binaan dan keadaan pengoperasian sistem pembakaran berkenaan serta pemantauan prestasi. Pihak premis dan perunding perlu mengemukakan maklumat yang benar dan tepat kepada Jabatan. Tindakan tegas boleh diambil jika maklumat palsu dikemukakan. Usai pemeriksaan, lawatan ke CAQM dihadiri Guru Besar SK Pengerang yang telah diberi penerangan dari aspek pemantauan dan mengetahui parameter dan bacaan yang dipantau bagi kawasan yang berhampiran sekolah berkenaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan