PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA SABTU TERAKHIR SETIAP BULAN

DOE Selangor 28/04/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA SABTU TERAKHIR SETIAP BULAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/04/2021
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Tarikh : 24 April 2021 Masa : 08.30 pagi - 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Kitar Semula MBSA, Seksyen U2, Shah Alam Selaras dengan kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) pada hari Sabtu terakhir setiap bulan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan T-Pot Electrical & Electronics Sdn Bhd. telah menjalankan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste) pada hari ini bertempat di Pusat Kitar Semula MBSA, Seksyen U2, Shah Alam. Program ini berjaya mengutip lebih kurang 3000kg (3MT) E-Waste. Aktiviti ini adalah satu usaha mencegah orang ramai daripada melupuskan E-Waste ke tempat yang tidak sepatutnya. Orang ramai yang hadir melupuskan E-Waste perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan hanya perlu menurunkan E-Waste di tempat pengumpulan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan