Penerangan
Kulai, 15 Mac 2021 : Unit Aduan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) telah menerima beberapa aduan pembakaran terbuka di kawasan perumahan berpunca daripada aktiviti pembuangan sampah secara haram.
Sewaktu siasatan dijalankan, tiada pembakaran terbuka yang namun, terdapat kesan tompokan hitam disebabkan aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku beberapa hari yang lalu. Dibawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, aktiviti pembakaran terbuka adalah salah disisi undang-undang.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya membuang sampah dan sisa binaan di mana mana kawasan dan seterusnya melakukan pembakaran terbuka. Jikalau orang awam ada terlibat longgokan sampah di kawasan perumahan sendiri, orang awam bolehlah menghubungi pihak SWCorp mahupun pihak PBT untuk tindakan segera daripada pihak mereka sebelum berlakunya pembakaran terbuka.
“Tiada sampah, tiada pembakaran terbuka”