Penerangan
12 Mac 2021, Iskandar Puteri - Rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT)diteruskan dan tumpuan kali ini adalah di kawasan Iskandar Puteri, Gelang Patah dan Pontian. Semasa rondaan dijalankan, Pasukan Penguatkuasa JAS Johor telah menjumpai satu lokasi tapak pelupusan sampah haram yang masih terbakar. Pihak Bomba telah dihubungi untuk membantu melakukan pemadaman.
Orang ramai diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya membuang sampah di kawasan yang tidak ditetapkan kerana ini boleh menggalakkan aktiviti pembakaran terbuka dengan lebih meluas.
Aduan ini juga akan dipanjangkan kepada pihak SWCorp untuk tindakan dan siasatan lanjut pihak mereka.
"Tiada sampah, tiada pembakaran terbuka"