Penerangan
22 April 2021, IPOH – Satu mesyuarat teknikal penilaian kesan kepada alam sekeliling telah diadakan di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bagi membincangkan projek kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual di Hulu Kinta, Perak.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Cik Masnona Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah JAS Perak dan dihadiri oleh panel pengulas dari jabatan teknikal seperti Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan Negeri Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dan Pejabat Tanah dan Daerah Kinta. Pembentangan projek disampaikan oleh pemaju projek.