Penerangan
SEMAI SIKAP CAKNA MENJAGA SUNGAI
GEBENG, 19 APRIL 2021 - Program Denai Sungai Kebangsaan menampakkan hasil keprihatinan masyarakat tentang menjaga kebersihan sungai berdekatan apabila sekumpulan pelajar latihan industri di bawah seliaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng mengambil inisiatif membersih sungai di Kawasan Perindustrian Gebeng.
Ketika melakukan pemantauan di sekitar Gebeng itu, pelajar-pelajar dari universiti tempatan ini terus memohon kebenaran dari pegawai bagi melakukan kerja pembersihan dan turut membantu pegawai JAS Cawangan Gebeng.
Kesedaran sebegini adalah contoh yang kita harus ikuti dan teladani oleh semua.
#kitajagasungaikita
#jaspahang
#kementerianalamsekitardanair