Penerangan
Perlis, 23 Mac 2021 - Unit Pengawasan JAS Perlis yang disertai oleh tiga (3) pegawai dan seorang pelajar latihan industri telah menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di empat (4) stesen iaitu di Chuping, Felda Rimba Mas dan Arau.
Sebanyak 28 sampel air tanah telah diambil bagi memastikan aktiviti pertanian, industri dan penempatan penduduk di kawasan tersebut tidak menjejaskan kualiti air tanah.