PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) OLEH JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 20/04/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) OLEH JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
20/04/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) NEGERI TERENGGANU 3 April 2021 – Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini cuti hujung minggu, Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan OMPT yang melibatkan tiga (3) daerah iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu. Hasil daripada rondaan ini, Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu telah menemui beberapa kawasan yang terdapat longgokan sisa-sisa pokok dan semak samun daripada aktiviti pembersihan tapak. Tindakan susulan telah dilaksanakan dengan memasang sepanduk  Larangan Pembakaran Terbuka di kawasan tersebut. Pemantauan turut dijalankan ke atas Tapak pelupusan sampah juga tiada pembakaran terbuka dikesan. Pemerhatian dan pemantauan pencemaran  udara  juga turut dilaksanakan ke atas kilang kelapa sawit dan  kilang papan.  Hasil pemerhatian dan pemantauan ini mendapati tiada sebarang pelepasan asap hitam dan habuk dikesan.  Di samping itu juga pemerhatian dan pemantauan pencemaran hari ini tidak menemui sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan