PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM KAMPUNG SEBERANG RAMAI

DOE Perlis 20/04/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KAMPUNG SEBERANG RAMAI
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
20/04/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

Di dalam usaha memartabatkan kelestarian, keceriaan dan kebersihan alam sekitar secara amnya, Jabatan Alam Sekitar Perlis telah sama- sama menyumbang idea dan keringat bagi menjayakan program Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis yang diilhamkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis. Program ini merupakan inisiatif kerjasama seluruh agensi di Negeri Perlis dengan diketuai oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis serta disokong penuh Kerajaan Negeri Perlis. Sebagai persediaan menjelang Kunjungan Duli Yang Maha Mulia Raja Negeri Perlis pada 4 April 2021 ke Kampung Seberang Ramai, JAS Perlis telah memasang papan tanda agar masyarakat terus menyemai sikap dan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Papantanda asal dikekalkan sebagai tanda kenangan “sentimental value” tentang usaha menjaga kebersihan oleh penduduk kampung.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan