PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) OLEH JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 20/04/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) OLEH JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
20/04/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

9 April 2021 – Kuala Terengganu, Terengganu. Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman telah menjadikan cuti hujung minggu sebagai rutin menjalankan  rondaan OMPT.  Di JAS Terengganu rondaan telah melibatkan tiga (3) daerah iaitu Kuala Terengganu, Setiu dan Besut. Hasil daripada rondaan ini, Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu tidak menemui keadaan yang mencurigakan dan tiada aktiviti pembakaran terbuka berlaku di sepanjang laluan tersebut. Pemantauan dan pemerhatian          di Tapak Pelupusan Sampah Paya Rawa turut dilakukan dan tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun pasukan penguatkuasa telah menemui beberapa kawasan yang mempunyai longgokan kayu-kayu hasil pembersihan hutan. Tindakan susulan dengan memasang banner larangan pembakaran terbuka telah dibuat di lokasi tersebut. Pasukan penguatkuasa juga turut menjalankan pemantauan di kawasan pantai di Kg. Seberang Takir dan  Kg. Mengabang Telipot daerah Kuala Terengganu  dan Pantai Benting Lintang, daerah Besut ,tiada pencemaran bebola tar yang ditemui . Pemantauan kawasan tanah gambut di kg. Paya Rawa, daerah Besut mendapati keadaan air di saliran check dam berada pada paras yang normal. Kesiap siagaan JAS Terengganu dalam menjalankan pemantauan termasuk pada hari cuti hujung minggu  di Negeri Terengganu adalah merupakan langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal aktiviti pembakaran terbuka ini dan infrastruktur tanah gambut berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi untuk digunakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan