PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PREMIS INDUSTRI OLEH JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 20/04/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PREMIS INDUSTRI OLEH JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
20/04/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

10 April 2021 – Kuala Terengganu, Terengganu. Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu pada  setiap cuti hujung minggu menjadi rutin tetap menjalankan  rondaan OMPT dan memantau premis-premis industri yang berpotensi melepaskan pencemaran udara, efluen dan buangan terjadual. Hari ini  pasukan penguatkuasa menjalankan rondaan di tiga (3) daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Hasil rondaan di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, Kawasan Perindustrian Bukit Kor, Marang dan Kawasan Perindustrian Pulau Serai dan Batu 7, Dungun mendapati tiada pelepasan asap hitam dari premis industri dan tiada keadaan yang mencurigakan ditemui. Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu juga telah menemui satu kawasan yang terdapat longgokan sisa pokok daripada aktiviti pembersihan tapak. Pemasangan banner Larangan Pembakaran Terbuka telah dibuat bagi memastikan aktiviti ini tidak diteruskan oleh pemilik tapak tersebut. Pasukan penguatkuasa juga turut menjalankan pemantauan di kawasan Pantai Kekabu dan Pantai Kelulut di Marang serta Pantai Teluk Lipat di Dungun. Tiada pencemaran bebola tar yang ditemui. JAS Terengganu berharap melalui rondaan dan pemantauan yang dilaksanakan dengan berterusan ini akan dapat mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka dan masyarakat semakin sedar impak dan kesannya kepada persekitaran dan orang awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan