PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI GEMPUR BIL.4/2021 JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 20/04/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GEMPUR BIL.4/2021 JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
20/04/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

9 April 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri  Terengganu dan JAS Cawangan  Kemaman telah menjalankan Operasi Gempur (Ops Gempur ) bermula pada 5 April 2021 dan berakhir pada 7 April 2021. Operasi ini melibatkan 15 orang pegawai penguatkuasa dan sebanyak 25 buah premis dari pelbagai jenis industri yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya telah diperiksa. Hasil daripada ops gempur ini, pasukan penguatkuasa telah mengeluarkan 27 Field Citation, 2 Notis Arahan dan 18 tawaran kompaun . Tindakan susulan ini diambil atas pelbagai kesalahan di antaranya kegagalan menguruskan  buangan terjadual dengan baik dan selamat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga dalam menjalankan penguatkuasaan mengikut program yang telah ditetapkan. Fokus utama pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan adalah premis-premis yang melakukan kesalahan berulang dan mempunyai punca beban pencemaran yang tinggi kepada persekitaran serta aduan yang berulang. JAS sentiasa berharap pihak premis sentiasa memastikan premis-premis mereka berada pada tahap yang terbaik dan selamat untuk beroperasi demi kesejahteraan hidup rakyat dan Negara. Orang awam juga dimohon memberi kerjasama dalam menjadi mata dan telinga kepada Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan dan melanggar undang-undang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan