Penerangan
Kuala Terengganu, Terengganu, 6 April 2021. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menyertai program Ekspedisi Sungai Nerus dan menyampaikan ceramah kepada 224 peserta nelayan darat dari tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu.
Program ini sebagai usaha dalam pembersihan sungai dari sisa-sisa sampah, jala-jala dan sebagainya di sepanjang laluan yang bermula dari Jeti Kampung Tanjung Sabtu, daerah Kuala Nerus dan berakhir di Kampung Pengkalan Beruk, daerah Setiu. Selain dari membersih tebing sungai yang melibatkan komuniti setempat. Para peserta ekspedisi juga turut menyusuri Sungai Nerus dan mengadakan aktiviti perkhemahan dan ceramah yang disampaikan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu di Pengkalan Beruk. Setiu.
Program ini yang telah dirasmikan oleh Menteri Alam Sekitar Dan Air , Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man dan turut dihadiri oleh Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) dan semua Ketua Jabatan di bawah KASA. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada semua lapisan masyarakat betapa pentingnya sungai dipelihara agar sentiasa bersih dan selamat untuk semua hidupan dan bertepatan dengan tema program hargailah air.