Penerangan
Pada 3 April 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menyertai program “Jom Turun Sungai Nerus” bersempena Lawatan Kerja YB Menteri Alam Sekitar Dan Air dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air ke Negeri Terengganu. YB Ustaz Ridzuan Hj. Hashim sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Indun Program/ Adun Buluh Gading telah menyambut ketibaan kedua-dua tetamu kehormat ini.
Aktiviti utama yang telah dilaksanakan di dalam program “Jom Turun Sungai Nerus” ini ialah Program Gotong Royong Sungai Seberang Takir, Majlis Perasmian Ekspedisi Sungai Nerus, Program Gotong Royong Sungai Nerus dan Program Menyusuri Sungai Nerus bersama YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar Dan Air dan Ketua Setiausaha YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr Zaini bin Ujang .
Antara masej daripada ucapan perasmian YB Menteri Alam Sekitar Dan Air adalah air yang jernih yang kita minum di rumah-rumah kita telah melalui pelbagai rawatan dan kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak dalam memastikan ianya selamat diminum oleh semua. Oleh yang demikian hargailah air untuk kesejahteraanj hidup kita dan generasi yang akan datang.Tugas menjaga punca air ini minuman kita ini adalah tugas semua, maka hargailah air.
Selain daripada JAS dan JPS Negeri, agensi lain yang terlibat dalam program ini terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Agensi Penguatkuasa Maritim Negeri , Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Meteorologi Negeri dan Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Program ini juga turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang turut menyumbang kepada kelancaran program ini.