Penerangan
KANGAR, 9 April 2021 - Bersempena dengan Sambutan Hari Bumi yang disambut pada April setiap tahun, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menganjurkan Program Komuniti Pencegahan Pembakaran Terbuka. Program ini diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai, Kuala Perlis. Program ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis, Tadika Masjid Saidina Abu Bakar, Kariah Masjid dan penduduk setempat.
Pameran ini telah disertai oleh agensi-agensi kerajaan iaitu Jabatan Alam Sekitar, SWCorp, MADA dan Jabatan Agama Islam Perlis. Turut diadakan ialah kutipan barangan kitar semula oleh SW Corp dan penyertaan keahlian Rakan Alam Sekitar.