Penerangan
KANGAR, 9 April 2021 - Bersempena dengan Sambutan Hari Bumi yang disambut pada April setiap tahun, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menganjurkan Program Komuniti Pencegahan Pembakaran Terbuka. Program ini diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai, Kuala Perlis. Turut diadakan adalah Taklimat Keselamatan, Penggunaan Alat Pemadam Api dan Demonstrasi Pemadaman Api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis.