PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM KOMUNITI PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA SEMPENA HARI BUMI PERLIS TAHUN 2021

DOE Perlis 20/04/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KOMUNITI PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA SEMPENA HARI BUMI PERLIS TAHUN 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
20/04/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

KANGAR, 9 April 2021 - Bersempena dengan Sambutan Hari Bumi yang disambut pada April setiap tahun, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menganjurkan Program Komuniti Pencegahan Pembakaran Terbuka. Program ini diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai, Kuala Perlis. Program ini dijayakan dengan kerjasama SWCorp, MADA, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Agama Islam Perlis, Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis, Tadika Masjid Saidina Abu Bakar, Kariah Masjid dan penduduk setempat. Antara aktiviti yang diadakan adalah, Ceramah Kesedaran Tentang Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE), Taklimat Trash For Cash, Taklimat Keselamatan dan Penggunaan Alat Pemadam Api, Demonstrasi Pemadaman Api, Pertandingan Mewarna dan Ceramah Kesedaran Pembakaran Terbuka. Selain itu, pameran turut diadakan oleh agensi-agensi kerajaan. Kutipan barangan BEE dan kitar semula juga diadakan. Program yang dijalankan secara santai telah menarik minat pengunjung, rata-rata peserta program teruja dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan