Penerangan
TASOH 11 April 2021 - Sebagai Rakan Strategik melalui Program Aspiring Perlis Geopark, JAS Perlis telah sama-sama turut serta di dalam program tanggung jawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility -CSR) anjuran Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/ Perlis/ Pulau Pinang.
Program ini melibatkan komuniti Tasik Timah Tasoh dengan pelbagai agensi kerajaan. Selain program CSR yang dilaksanakan , semua peserta didedahkan dengan ilmu fosil dan geotapak di sekitar kawasan Geotapak Timah Tasoh yang sangat bernilai tinggi dan berusia lebih 480 juta tahun.