Penerangan
MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN (KILANG GETAH) NEGERI PAHANG
8 APRIL 2021, KUANTAN- Majlis penyampaian lesen bagi Premis Yang Ditetapkan (Kilang Getah Asli Mentah) di Negeri Pahang sesi 2021 telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Mohd Sani bin Mat Daud, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Terdapat 6 buah Kilang Getah Asli Mentah di Negeri Pahang yang dilesenkan di bawah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Premis juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen dan peraturan berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar