Penerangan
CERAMAH KESEDARAN ALAM SEKITAR
31 MAC 2021, SUNGAI LEMBING,KUANTAN -
JAS Pahang telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkenaan topik "Plastic Pollution-what we can help?" semasa program Advokasi Kepenggunaan Alam Sekitar sempena Hari Pengguna Kebangsaan dan Hari hak-hak pengguna sedunia tahun 2021.
Program tersebut dianjurkan oleh KPDNHEP Negeri Pahang bersama Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yg terdiri daripada pelajar IPT dan beberapa NGO kepenggunaan dalam Negeri Pahang.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Siti Noriah bt Abu Bakar, Pegawai Kawalan JAS Pahang. JAS Pahang turut menyertai program gotong royong mengutip sampah di sekitar Sg. Kenau, Sg. Lembing.
Program berlangsung mengikut SOP dari KKM dan MKN.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang