Penerangan
12 April 2021, TELUK INTAN - Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak, Haji Rosli Bin Zul telah menyampaikan amanat yang bermakna buat pegawai dan staf JAS Perak termasuk JAS Cawangan Taiping sempena menyambut bulan Ramadhan 2021 (1442). Majlis penyampaian amanat tersebut telah dijalankan secara atas talian dari pejabat JAS Cawangan Teluk Intan.
Dalam majlis itu juga, Haji Rosli mewakili warga JAS Perak mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan 1442. Semoga ibadah berpuasa kita diterima Allah SWT. Aamiin.