Penerangan
12 April 2021, TELUK INTAN – JAS Perak telah menjalankan sesi libat urus bersama premis sarung tangan getah di pejabat JAS Cawangan Teluk Intan bagi membincangkan permasalahan berkaitan dengan alat kawalan pencemaran yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, YBrs. Haji Rosli Bin Zul dan turut dihadiri oleh wakil Perak Investment Management Centre (InvestPerak).