Penerangan
PROGRAM KESEDARAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN TANAH GAMBUT BERSAMA KOMUNITI DI KG TAKULI, BEAUFORT 2021
08 April 2021, Beaufort - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah menganjurkan program kesedaran yang melibatkan penyertaan pengusaha tanaman nenas di Kg. Takuli, Beaufort. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran larangan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan tanah gambut serta tindakan penguatkuasaan oleh agensi-agensi teknikal yang berkaitan seperti JAS, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Pertanian.
Program turut dihadiri wakil Pihak Polis Beaufort. Program dimeriahkan lagi dengan aktiviti penanaman pokok di bawah Program Menanam 100 Juta Pokok
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jassabah
#alamsekitartanggungjawabbersama