Penerangan
5 April 2021, IPOH – JAS Perak telah menyampaikan taklimat di dalam perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Veteriner Negeri Perak mengenai isu pencemaran daripada ternakan di Perak.
Taklimat yang disampaikan adala berkenaan Keperluan EIA untuk Aktiviti Penternakan bagi Aktiviti 1(b), Jadual Kedua yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 dan Garis Panduan Kawalan Pencemaran Daripda Aktiviti Ternakan.
Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner Negeri Perak, Dr Ahmad Shafri Bin Hassan dan dihadiri oleh pegawai-pegawainya.