PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KERJASAMA PDRM CAWANGAN TRAFIK HULU TERENGGANU DENGAN JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/04/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KERJASAMA PDRM CAWANGAN TRAFIK HULU TERENGGANU DENGAN JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/04/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

5 Mac 2021-Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini Pasukan Penguatkuasa di Unit Kenderaan Bermotor JAS Terengganu terus menjalankan operasi bersepadu bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Cawangan Trafik, Hulu Terengganu. Lokasi operasi bertempat di Perkarangan Balai Polis Trafik Hulu Terengganu dengan kekuatan anggota JAS Terengganu seramai 5 orang. Operasi ini adalah susulan kerjasama JAS bersama pihak PDRM untuk menjalankan ujian ke atas 11 buah motosikal yang telah ditahan semasa operasi pihak polis trafik hari ini. Pemeriksaan bunyi bising ini bertujuan untuk menguji tahap pelepasan bunyi daripada ekzos dengan menggunakan alat meter pengukuran bunyi yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) PPKAS( Bunyi Bising) 1987. Hasil ujian meter yang dijalankan mendapati 11 buah motosikal tersebut tidak mematuhi had yang dibenarkan di bawah PPKAS( Bunyi Bising) 1987. Keputusan ujian diserahkan kepada pihak PDRM Cawangan Trafik Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada pengguna dan pemilik motosikal di Negeri Terengganu supaya memastikan kenderaan motosikal mereka berada pada keadaan yang baik dan mematuhi had pelepasan bunyi bising yang dibenarkan di bawah PPKAS( Bunyi Bising) 1987.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan