PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR BAGI PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PENGURUSAN TANAH GAMBUT YANG SERING TERBAKAR OLEH JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/04/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR BAGI PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PENGURUSAN TANAH GAMBUT YANG SERING TERBAKAR OLEH JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/04/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

31 Mac 2021 – Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembinaan Infrastruktur Bagi Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut Yang Sering Terbakar di Negeri Terengganu Bil. 1/2021 telah diadakan di Pejabat JAS Negeri Terengganu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan olah YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Jabatan yang telah dijemput menghadiri mesyuarat ini terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Terengganu dan Pegawai-Pegawai Daerah di Negeri Terengganu. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendapat maklumbalas perancangan dan input  mengenai status perbelanjaan dan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur bagi tahun 2021 di Negeri Terengganu. JAS Terengganu mengharapkan kerjasama ini akan terus dipertingkatkan dalam memastikan pembinaan dan pengurusan infrastruktur tanah gambut ini dapat dilaksanakan mengikut keperluan dalam mencegah kebakaran di kawasan tanah gambut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan