Penerangan
31 Mac 2021- Kuala Terengganu. Hari ini JAS Terengganu telah mendapat kerjasama daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPK) Negeri Terengganu dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dalam pengurusan dan pelupusan e-waste ini mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Usaha ini juga adalah selaras dengan inisiatif Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) yang mengumumkan penetapan sabtu terakhir setiap bulan sebagai Hari Pengumpulan E-Waste dalam menyediakan perkhidmatan dan medium terbaik kepada orang awam untuk menghantar e-waste ke tempat yang betul. Tindakan JAS Terengganu juga yang menghebahkan aktiviti ini melalui facebook Jabatan dan hebahan kepada media cetak dan elektronik juga antara penyumbang kepada peningkatan kesedaran orang awam dalam pengurusan e-waste ini.
Kempen ini juga telah mendapat sokongan padu daripada YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu yang sentiasa memastikan usaha-usaha ini terus dipertingkatkan dalam memastikan semua lapisan masyarakat sedar kepentingan buangan e-waste ini diuruskan secara betul dan selamat.
E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA