Penerangan
13 Mac 2021, WP Labuan – Muzium Labuan melancarkan Kempen Jom Hipicking di Chimney Walking Trail untuk mendidik komuniti setempat agar menjaga dan memulihara alam sekitar di kawasan Muzium Chimney di Tanjung Kubong, WP Labuan. Kempen ini diadakan dengan kerjasama SMK Mutiara, Perbadanan Labuan, Jabatan Alam Sekitar WP Labuan, Jabatan Penyiaran Labuan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WP Labuan, Pengakap Labuan, Majlis Belia Labuan dan Asian Supply Base. Majlis pelancaran kempen dirasmikan oleh Encik Mahathir Abdul hamid, Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan.