Penerangan
9 Mac 2021, WP Labuan – Perbincangan antara agensi - agensi di bawah KASA berkenaan pelaksanaan Program Gotong - Royong Denai Sungai Kebangsaan sempena sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2021 peringkat WP Labuan telah diadakan di Bilik Mesyuarat di Bahagian Bekalan Air WP Labuan. Perbincangan ini dipengerusikan bersama oleh Pengarah JAS WP Labuan, Tn Amir Hamzah Bin Musa dan Pengarah JPS WP Labuan, Tn Juniaddi Bin Awang Tuah dan melibatkan wakil - wakil daripada JAS WP Labuan, JPS WP Labuan, Pejabat Meteorologi Labuan, Bahagian Bekalan Air WP Labuan dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd Cawangan Labuan.