Penerangan
26 Mac 2021, WP Labuan – Sempena pelancaran Hari Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) di Malaysia yang ditetapkan pada hari Sabtu terakhir setiap bulan, Jabatan Alam Sekitar WP Labuan sekali lagi menjalankan kempen pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik bagi bulan Mac 2021 di kalangan warga kerja Jabatan Alam Sekitar WP Labuan. Pengumpulan ini telah dibuat di depan pintu utama pejabat Jabatan Alam Sekitar WP Labuan. Sebanyak satu unit BEE iaitu pencetak dengan jumlah berat 3.25 kg berjaya dikumpul.