Penerangan
JAS WPKL telah menerima kunjungan serta lawatan kerja oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, YBrs. Puan Norlin binti Jaafar pada 12 Mac 2021. Lawatan kerja ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar (Pembangunan) YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari dan pegawai-pegawai dari JAS Ibu Pejabat. Pengarah JAS WPKL, Ts. Azlan bin Haji Ahmad telah menyampaikan cederahati kepada YBrs. KPAS, Puan Norlin binti Jaafar, YBrs. TKPAS (Pembangunan) Dr. Norhazni binti Mat Sari dan delegasi dari JAS Ibu Pejabat sempena lawatan kerja ke JAS WPKL.