PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU SEMPENA HARI HUTAN SEDUNIA

DOE Perak 31/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU SEMPENA HARI HUTAN SEDUNIA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/03/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

28 Mac 2021, LUMUT - Program Penanaman Pokok Bakau Sempena Hari Hutan Sedunia Tahun 2021 telah berlangsung pada 27 Mac 2021 yang lalu di Kota Siam Segari Lumut. Program ini adalah anjuran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutan Negeri Perak. Turut bersama Persatuan NGO Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Pertubuhan Sahabat Bakau Lekir Sitiawan Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yahanis Bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif SADC. Turut hadir sama Tuan Zulhisham Bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Manjung, Encik Issamudin Bin Ibrahim Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung, Encik Ahmad Zikril Naim Bin Md Salleh, Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak , Puan Nurhidayah Binti Zainal Abidin, Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar Teluk Intan dan Encik Khairulrizal Bin Abu Kassim, wakil Jabatan Hutan Daerah Kinta/ Manjung. Sebanyak 2000 anak pokok bakau telah ditanam di dalam program tersebut. Objektif program adalah bagi mewujudkan lebih banyak kawasan penampan sepanjang persisiran sungai di Daerah Manjung dan Negeri Perak amnya disamping menjalinkan hubungan erat antara Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Bukan Kerajaan serta komuniti setempat. Diharapkan lebih banyak program seperti ini dianjurkan oleh agensi kerajaan, badan konglomerat dan badan bukan kerajaan dimasa akan datang bagi mengekal kehijauan negeri Perak agar berterusan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan