PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

EXCO ALAM SEKITAR  MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PROGRAM DENAI SUNGAI DI JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
EXCO ALAM SEKITAR  MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PROGRAM DENAI SUNGAI DI JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/03/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

8 Mac 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. YB  Dr. Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat bagi Cadangan Program Denai Sungai Peringkat  Negeri Terengganu. Hadir sama pada menyuarat ini adalah YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Timbalan Pengarah Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Encik Mohd Norli bin Abdullah dan Ketua Cawangan Kemaman, Tuan Haji Rozaimi bin Mat Zin. Antara Jabatan yang turut hadir adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai peneraju utama program ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT), Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Dan Daerah. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi memilih sungai dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dillaksanakan semasa  sambutan Hari Air Sedunia yang akan disambut serentak di seluruh Malaysia pada 27 Mac 2021.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan