PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN  OMPT TERUS DIJALANKAN PADA CUTI UMUM OLEH JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN  OMPT TERUS DIJALANKAN PADA CUTI UMUM OLEH JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/03/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

11 Mac 2021 – Kuala Terengganu, Terengganu .  Cuti umum bersempena peristiwa Israk Mikraj hari ini tidak menjadi halangan untuk pasukan penguatkuasan JAS Terengganu terus menjalankan rondaan Operasi mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) . Rondaan pada hari ini tertumpu di sekitar Kawasan Perindustrian Chendering daerah Kuala Terengganu dan Kawasan Perindustrian Bukit Kor, daerah Marang. Hasil rondaan yang melibatkan kedua-dua daerah ini termasuk kawasan yang berada di sepanjang laluan tersebut  didapati tiada aktiviti pembakaran dikesan. Pasukan penguatkuasa juga turut  menjalankan pemantauan di sekitar kawasan pantai dan di  Kg Sungai Kerak, Marang  juga didapati tiada keadaan yang mencurigakan dikesan. JAS Terengganu sentiasa bersiapsiaga terutama pada musim cuti umum dan cuti hujung minggu untuk memastikan sebarang  kes-kes kecemasan yang berlaku di bawah bidang kuasa Jabatan dapat ditangani dengan segera dan mengikut Standard Of Operating Procedure “ yang telah ditetapkan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan