Penerangan
12 Mac 2021 – Kuala Terengganu. Pasukan Penguatkuasaan JAS Terengganu terus komited menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran walaupun pada cuti hujung minggu di Negeri Terengganu.
Rondaan OMPT dan memantau pencemaran hari ini melibatkan kawasan-kawasan yang berpotensi tinggi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka iaitu di kawasan perindustrian dan tapak pelupusan sampah di daerah Marang dan daerah Dungun.
Hasil rondaan ini didapati tiada pembakaran terbuka dikesan. Walau bagaimanapun beberapa kawasan, pasukan penguatkuasa menjumpai longgokan sisa-sisa pokok daripada aktiviti pembersihan tapak. Tindakan susulan telah diambil dengan memasang sepanduk larangan pembakaran terbuka bagi memberi amaran awal supaya aktiviti ini tidak diteruskan.
Pasukan Penguatkuasa juga turut menjalankan pemantauan pencemaran udara dari industri-industri yang menjalankan aktiviti “blasting dan “Painting“ yang berada di Mukim Paka. Hasil pemantauan ini didapati tiada pelepasan habuk dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Rondaan dan pemerhatian secara “visual” di kawasan pantai di Mukim Paka juga dibuat. Tidak terdapat tumpahan minyak atau bebola tar “tarball” kelihatan di sepanjang rondaan dan pemerhatian ini.
Pemeriksaan checkdam di kg. Batu 7, daerah Dungun turut dilaksanakan dan didapati infastruktur ini berfungsi seperti biasa dan paras air berada dalam keadaan normal.