PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT DAN MEMANTAU OPERASI PREMIS SECARA KONSISTEN OLEH JAS TERENGGANU.

DOE Terengganu 30/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT DAN MEMANTAU OPERASI PREMIS SECARA KONSISTEN OLEH JAS TERENGGANU.
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/03/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

13 Mac 2021-  Kuala Terengganu, Terengganu. Setiap cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, Pasukan Penguatkuasa terus menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau operasi premis yang berpotensi mencemarkan alam sekitar dan menggangu ketenteraman orang awam. Hari ini rondaan OMPT dijalankan di daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut. Rondaan di ketiga-tiga daerah ini melibatkan kawasan perindustrian, kawasan penempatan dan juga tapak pelupusan sampah.  Hasil rondaan didapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan. Beberapa kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran telah ditemui dan sepanduk larangan pembakaran terbuka telah dipasang. Tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan. Pemeriksaan ke atas “Check Dam” telah  dijalankan di Kg. Paya Rawa dan Kg. Baroh Keranji, daerah Besut didapati keadaan infrastruktur tanah gambut ini berada dalam keadaan baik.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan