PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SEMPENA HARI AIR SEDUNIA OLEH JAS TERENGGANURINGKAT NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 30/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SEMPENA HARI AIR SEDUNIA OLEH JAS TERENGGANURINGKAT NEGERI TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/03/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

16 Mac 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Exco Alam Sekitar YB Dr. Alias bin Razak telah mempengerusikan mesyuarat Cadangan Penganjuran “Hari Air” Program Gotong Royong Serentak Secara Berkala Di Seluruh Negara Sempena  Hari Air Sedunia (HAS) dan  Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Negeri Terengganu. JAS Terengganu yang telah diketuai oleh Tuan Pengarah, YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman bersama-sama Ketua Cawangan Kemaman Tuan Haji Rozaimi bin Mat Zin dan Timbalannya Puan Zuraini binti Mohd Sinin telah hadir pada mesyuarat ini. Mesyuarat ini diadakan susulan ketetapan pada mesyuarat Cadangan Program Denai Sungai pada 8 Mac 2021 yang lalu supaya Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu  sebagai peneraju utama program ini perlu membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan Pembentukan Jawatankuasa Pelaksana Program, penglibatan komuniti dan juga memperkemaskan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan. Pada program sambutan di peringkat negeri ,Exco Alam Sekitar telah bersetuju dengan pemilihan Sungai Sekelir, di Mukim Kemasik, daerah Kemaman sebagai lokasi program utama yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada 27 Mac 2021 ini. Sambutan ini juga akan diadakan secara serentak di seluruh daerah di Negeri Terengganu. Mesyuarat ini diadakan secara fizikal dan mengikut Standard Of Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan dan mematuhi Arahan Bertugas Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah berkuatkuasa sejak 5 Mac 2021 di Negeri Terengganu.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan