Penerangan
2 Mac 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat bagi Pelan Pengurusan Alam Sekitar secara atas talian bagi "Cadangan Projek Pembalakan" di daerah Kuala Nerus Terengganu
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan. Hadir sama Penolong Pengarah Kanan, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab. Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff, di Bahagian Pembangunan JAS Terengganu.
Penyediaan dokumen EMP ini merupakan salah satu syarat bagi Laporan EIA yang telah diluluskan. Ianya perlu dipatuhi oleh pihak pemaju selaras dengan kehendak Seksyen 34A (7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pelan ini juga merupakan jaminan pihak pemaju untuk melaksanakan langkah-langkah kawalan dan mitigasi bagi isu-isu pencemaran yang dikenalpasti dalam laporan EIA tersebut untuk dilaksanakan di peringkat kerja tanah, pembinaan dan operasi.
Mesyuarat ini diadakan dengan mematuhi SOP bagi pencegahan penularan wabak Covid-19 dan mengikut Arahan Bertugas Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.