Penerangan
17 Mac 2021 – Kuala Terengganu, Terengganu. Mesyuarat EIA bagi cadangan projek “Proposed 448.125 Hectares Of Timber Logging “ di daerah Dungun telah diadakan secara fizikal dengan mematuhi Standard Of Operating Procedure” (SOP) yang telah ditetapkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Negeri Terengganu yang masih berkuatkuasa sejak 5 Mac 2021.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan yang YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama Penolong Pengarah Kanan, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab.Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan Puan Yusnalis binti Yusoff di Unit EIA, Bahagian Pembangunan, JAS Negeri Terengganu.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan bagi tujuan memberi input mengikut bidang kuasa masing-masing. Ini penting dalam memastikan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Jadual Pertama ini disediakan mengikut Seksyen 34A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan juga dengan mengambilkira ulasan dan pandangan Jabatan Teknikal yang hadir untuk diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.