Penerangan
2 Mac 2021 – Kuala Terengganu, Terengganu. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (EIA Review Committee (EIATRC) bagi cadangan projek “Proposed Expansion Of Bitumen Refinery Plant “ daerah Kemaman telah diadakan secara atas talian di Bilik Mesyuarat Utama, JAS Negeri Terengganu.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah , Ketua Cawangan Kemaman, Tuan Haji Rozaimi bin Mat Zin, Penolong Pengarah Kanan, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab.Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan Puan Yusnalis binti Yusoff di Unit EIA, Bahagian Pembangunan, JAS Negeri Terengganu.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan bagi tujuan memberi input mengikut bidang kuasa masing-masing. Ini penting dalam memastikan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Jadual Kedua ini disediakan mengikut Seksyen 34A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar.
Mesyuarat ini diadakan mengikut Standard Of Operating Procedure (SOP) bagi mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 dan Arahan Bertugas Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.