Penerangan
26 Mac 2021 – Kuala Terengganu, Terengganu Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan rondaan OMPT di kawasan perindustrian dan kawasan-kawasan yang dikenalpasti kerap berlaku kejadian pembakaran terbuka di empat (4) daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Hasil daripada rondaan tersebut, Pasukan Penguatkuasa JAS Terengganu telah menemui beberapa kawasan yang terdapat longgokan sisa-sisa pokok dan semak samun daripada aktiviti pembersihan tapak. Tindakan susulan telah dilaksanakan dengan memasang sepanduk Larangan Pembakaran Terbuka di kawasan tersebut. Pemantauan aktiviti perindustrian di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus tiada aktiviti abnormal yang dikesan.