PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI  BERSEPADU BERSAMA PDRM TRAFIK KUALA TERENGGANU DENGAN JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI  BERSEPADU BERSAMA PDRM TRAFIK KUALA TERENGGANU DENGAN JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/03/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

3 Mac 2021- Kuala Terengganu, Terengganu Pasukan Penguatkuasa di Unit Kenderaan Bermotor  JAS Terengganu telah menjalankan operasi bersepadu bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Cawangan Trafik, Kuala Terengganu bertempat di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Dengan kekuatan anggota JAS Terengganu seramai 5 orang dan anggota PDRM seramai 7 orang, penguatkuasaan yang dijalankan hari  ini lebih tertumpu kepada penguatkuasaan  bunyi bising ke atas kenderaan motosikal  yang tertakluk di bawah  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Drone juga digunakan bagi memastikan kelancaran operasi bersepadu ini. Semasa operasi ini, sebanyak 70 buah kenderaan bermotor telah melalui pemerhatian visual  dan  2 buah melalui ujian meter.  Daripada jumlah tersebut  satu tawaran kompaun dan  satu Notis Arahan       di bawah Seksyen 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan. Semua pemilik motosikal  di Negeri Terengganu khususnya sentiasa diingatkan agar dapat memastikan pelepasan bunyi bising dari kenderaan bermotor masing-masing hendaklah mengikut had yang ditetapkan bagi mengelak tindakan undang-undang di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar diambil terhadap mereka.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan