Penerangan
11 Mac 2021, Johor Bahru - JAS Negeri Johor terus komited menjalankan pemantauan ke atas PYDT BT sepanjang tempoh PKPB bagi memantau aktiviti mencurigakan atau yang berisiko mencemarkan alam sekitar.
Satu penahanan operasi kelengkapan telah dikenakan kerana premis gagal mematuhi notis yang telah dikeluarkan sebelum ini. Diingatkan bahawa sebarang pelanggaran syarat lesen, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan - peraturan dibawahnya boleh mengakibatkan penggantungan lesen.
JAS sentiasa komited untuk melakukan pemantauan berterusan bagi menangani isu pencemaran selain memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).