PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Pemeriksaan Verifikasi Satu (1) Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian (SPEP) dan Satu (1) Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) di Senai

DOE Johor 31/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Pemeriksaan Verifikasi Satu (1) Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian (SPEP) dan Satu (1) Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) di Senai
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/03/2021
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

Senai, 11 Mac 2021 : Unit Notifikasi JASNJ telah membuat pemeriksaan verifikasi SKPU & SPEP di dua (2) buah kilang pada 9 & 10 Mac 2021 yang lepas. Pemeriksaan verifikasi dijalankan dengan kehadiran Orang Yang Berwibawa (CePIETSO-PCP & BP serta CePSO) berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis SPEP di bawah Peraturan 5, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Perisytiharan Bertulis SKPU di bawah Peraturan 7, Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (penggahar) . Pemeriksaan merangkumi lukisan sebagaimana binaan, rekod pemantauan prestasi dan keadaan semasa pengoperasian alat kawalan tersebut serta takat pelepasan akhir. Salah sebuah premis didapati tidak mematuhi Peraturan 5(3) & 5(4), PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 dimana Lukisan sebagaimana binaan berbeza dengan dilapangan. Pihak premis & perunding diarahkan melalui field citation untuk menyemak semula SPEP yang dikemukakan kepada Jabatan. Pemalsuan maklumat yang dikemukakan akan diambil tindakan tegas oleh Jabatan Alam Sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan