Penerangan
03 Mac 2021, PONTIAN - Beginilah keadaannya jika sikap dari diri kita yang menjadikan pembakaran terbuka sebagai satu amalan.
Penguatkuasa JAS Johor telah menjalankan siasatan susulan pembakaran terbuka di Pontian, Johor. Pihak bomba masih lagi berusaha melakukan pemadaman demi menjaga kepentingan awam.
Justeru itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau boleh dikenakan tindakan kompaun maksimum RM2,000.00 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat keapda orang-orang yang berbuat baik”
(Surah Al-A’raf ayat 56)