Penerangan
2 Mac 2021, Johor Bahru : Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bersama Polis Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan (JBS) telah membuat satu ops bunyi bising motosikal. Dalam operasi ini, 83 pemeriksaan, 5 kompaun dan 7 notis telah dikeluarkan. Seramai 7 anggota dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dari Unit Kenderaan Bermotor dan 15 anggota polis trafik telah terlibat dalam operasi ini. Turut hadir semasa operasi, Pengarah JAS Negeri Johor, Dr. Mohd Famey Bin Yusoff.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal dengan mengeluarkan bunyi melebihi 95dB mengikut peraturan-peraturan bunyi bising dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.