PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA GIAT DIPERTINGKATKAN

DOE Johor 31/03/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA GIAT DIPERTINGKATKAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/03/2021
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

2 Mac 2021, Bandar Penawar : Berikutan keadaan cuaca panas dan kering yang dijangkakan berlanjutan sehingga pertengahan bulan Mac, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang telah meningkatkan pemantauan dan operasi mencegah pembakaran terbuka (OMPT) di kawasan yang dikenalpasti kerap dan juga yang berpotensi berlakunya pembakaran terbuka di sekitar Punggai dan Bandar Penawar. Sesi libat urus dengan penyelia bertugas di tapak pelupusan sampah telah dilaksanakan bagi memastikan langkah kawalan dan pencegahan kebakaran diambil. Pemasangan banting ‘Larangan Pembakaran Terbuka’ juga telah dibuat sebagai tanda peringatan dan amaran kepada semua pihak berkepentingan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan